Sunday, March 1, 2009

Masa hadapan PPSMI

Kenapa hingga kini PPSMI tidak berjaya apakah strategi yang anada lakukan?

Kuliah : Prof. Abu Bakar Hashim
15 Februari 2009

Semua pelajar perlu memberikan komen masing-masing sebelum akhir MAC 2009.

21 comments:

  1. strategi saya (sebagai guru) untuk PPSMI...

    sebagai guru Engineering Drawing, saya teruskan dasar PPSMI ini selagi diarahkan menggunakan kaedah yang paling mudah. pelajar didedahkan dengan istilah engineering dalam bahasa inggeris terlebih dahulu. saya mengajar dalam dwi bahasa setiap hari. saya dapati pelajar mula biasa dengan cara ini. malah saya galakkan mereka bercakap dalam bahasa inggeris walaupun dalam bentuk yang 'rojak'. Nampak banyak perubahan la. Mungkin sebab subjek saya banyak kerja amali. Untuk Sains dan Math, saya tak pasti apa masalah mereka.

    ReplyDelete
  2. dah enam tahun ppsmi berjalan... bukan sahaja pelajar, guru pun ada yang tak dapat ikut. mungkin sebab perubahan tidak dilakukan menyeluruh...

    ReplyDelete
  3. salam...
    bagi saya secara peribadi ppsmi ini ada pro dna kontranya. jika di lihat untuk jangka masa yang panjang sememangnya bagus namun untuk memulakan dan memantapkannya pada masa sekarang agak sukar. mungkin kerana masih di peringkat awal. banyak lagi kerja yang harus dilakukan seperti menyediakan guru yg terlibat dengan kursus dan persediaan yang jitu kerana kebanyakan guru yg melaksanakan ppsmi ini mendapat medium pendidikan bahasa melayu sepenuhnya. namun lagi bagus jika kita memartabatkan bahasa ibunda sendiri kerana jika bukan kita yang memartabatkannya...siapa lagi?

    ReplyDelete
  4. Faktor PPSMI tak berjaya adalah disebab tidak mempunyai perancangan yang rapi. Sekiranya perancangan dah lebih kurang dah tentu perlaksanaannya pun teruk. Disamping itu kajian dari semasa ke semasa tidak begitu detail dan cara penyelesaian tidak bertepatan dan tak sistematik. Dalam pengurusan kurikulum sendiri kita didedahkan dengan pelbagai cara pengurusan seperti buat SWOT dulu atau Fish bone kemudian kita buat POLC pula. Sekiranya kaedah pengurusan itu digunakan dengan sistematik maka masaalh PPSMI ini akan berjaya. Lagipun kerajaan dah berhabis banyak duit utk program ini dan sepatutnya program ini tak seharusnya dihapuskan tetapi di perbaiki dengan perancangan yang detail supaya kesannya dapat dirasakan.Di malaysia ini terdapat banyak scholar-scholar yang mahir dalam menangani permasaalah ini seharusnya muncul dengan pendekatan dan strategi yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  5. Jika kita sorot kembali dasar PPSMI ini di buat, tidak di nafikan memang ada keperluan untuk berubah samada disebabkan faktor dalaman mahupun luaran (eg menghadapi persaingan global).

    Namun begitu, pelaksanaannya agak tergesa2, dalam keadaan majoriti murid & guru masih tidak bersedia.Perubahan seharusnya melalui beberapa peringkat (unfreezing, changing,refreezing), di mana dlm dasar PPSMI ini peringkat2 itu tidak dapat dilihat sebaliknya "total change" terus berlaku.

    Kesannya, kejayaan drpd usaha2 perubahan ini tidak dapat dicapai secara berkesan. Kegagalan dlm membuat perubahan akan menelan belanja yg tinggi termasuklah;
    a)penurunan tahap pencapaian pelajar
    b)pembaziran wang & sumber
    c)kesukaran utk memperbaiki usaha2 utk perubahan itu tadi. (ini yg kita dapat lihat dgn jelas dlm senario PPSMI)

    Dlm konteks sy seorg guru, sy meletakkan diri saya sbg seorg yg menyahut cabaran ini, dengan memberi sepenuh komitmen utk melihat dasar ini berjaya. Pelbagai program dijalankan disekolah cthnya "Buddy Support System"(BSS), peperiksaan tahap kopetensi, adalah usaha2 untuk memantapkan guru2 (sbg sumber) agar dapat melaksanakan dasar PPSMI dgn jayanya..

    Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam...
    rakan-rakan maaf saya mencelah...
    saya rasa baik kita jangan emosi, dan menjawab soalan yang diberi...

    Soalanya yang ditanya ialah,
    1.kenapa PPSMI gagal?
    2.Apa strategi anda?

    Untuk soalan pertama, Eruan Shah berpendapat PPSMI gagal kerana:-

    - PPSMI dijalankan tanpa keIKHLASan. Takutkan mantan Perdana Menteri, maka semua orang pun kata setuju dan boleh jalankan PPSMI ni. Walhal di hati masing-masing mereka bantah. Tapi tak berani bersuara. Program dijalankan, tapi asal buat je. Laporan yang dihantar kepada Pak Menteri, baik-baik belaka. Tak jujur. Masalah tak dilaporkan. Jadi masalah PPSMI pada peringkat awal, tak siapa yang “di atas” tu sedar. Dah lebih 6 tahun baru nak bising-bising.

    - Pelaksanaan Tak Menyeluruh. Manusia hanya berubah bila terpaksa. Kalau memang nak jalankan dalam Bahasa Inggeris, kenapa hanya subjek Math dan Science sahaja? Laksanakan untuk semua subjek. Soalan dwi-bahasa pula menyebabkan pelajar tidak merasa kepentingan dan keperluan menguasai Bahasa Inggeris. Lihat sahaja pekerja operator kilang di Malaysia yang dihantar berkursus di Jepun. Mengapa mereka dapat kuasai bahasa Jepun dalam 6 bulan sahaja? Bukankah kerana mereka ini terpaksa? Keperluan mendesak!
    Hm, cuba kita bandingkan latar belakang akademik mereka dengan guru-guru math dan sains di sekolah kita... ehem ehem

    - Kerajaan Tidak Serius. Jika kerajaan benar-benar fikir Bahasa Inggeris perlu untuk menjana modal insan dan ekonomi negara di masa hadapan, maka mengapa tidak ditukarkan sahaja semua surat khabar perdana dan rancangan teleivisyen ke Bahasa Inggeris. Akhbar Bahasa Melayu dicetak dwi-bahasa, akhbar bahasa cina dan tamil dihapuskan. Langkah seperti ini akan menyebabkan semua rakyat Malaysia termasuk ibu-bapa pelajar terpaksa berubah demi kebaikan negara.

    Bersambung……

    ReplyDelete
  9. hahaha.. berjumpa lagi...

    Untuk soalan PPSMI
    2.Apa strategi anda?

    Strategi saya ialah,

    - Tetap mengajar dalam dwibahasa.

    bahasa melayu untuk memudahkan pemahaman konsep.
    bahasa inggeris untuk penggunaan istilah.

    saya mengajar matapelajaran teknikal. istilah bahasa inggeris memang banyak digunakan dan tak boleh dipisahkan. sebagai contoh dalam bab enjin. cuba kita sebut 'piston', saya rasa semua mekanik tak kira latar belakang akademik mahupun bangsa, tahu apa itu 'piston'. Cuba kita guna bahasa melayu, 'omboh'. hehehe ramai mekanik ternganga. sbab di IPT dan kolej memang kita guna rujukan english. tu belum cerita istilah melayu untuk bahagian enjin seperti "sesotong", "tali sawat", "titik sesentuh"...
    Automobile(eng) = Kajisawat Motor(Bm)
    Bila saya guna bahasa melayu, laaaaagi ramai yang tak faham kan?

    Bersambung.....

    ReplyDelete
  10. ...Sambungan

    Salam...

    Eruan Shah mencadangkan:-

    CADANGAN:

    PPSMI dibuat untuk meningkatkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dalam komunikasi sebenarnya. Tapi, oleh kerana menerapkan kefahaman konsep dalam bahasa yang jarang digunakan, adalah sukar. Mengikut sejarah zaman Gelap & Renaissance di Eropah, mereka mengkaji ilmu Math & Science menggunakan buku Yunani yang ditulis dalam bahasa Latin. Namun proses P&P tetap dalam bahasa Inggeris.
    Untuk itu saya cadangkan,

    1. Subjek Komunikasi Bahasa Inggeris diperkenalkan. (meningkatkan kemahiran yang diperlukan di sektor pekerjaan)

    2. Subjek Sc & Math bebas di ajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

    3. Buku teks dwibahasa untuk Sc dan Math digunakan di sekolah, sesuai dengan kertas peperiksaan yang perlu dikekalkan dalam dwibahasa.

    4. Istilah-istilah teknikal dan saintifik tak perlu di'melayu'kan. Terus jadikan istilah tersebut sebagai salah satu perkataan baru dalam bahasa Melayu.

    5. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi syarat wajib lulus SPM.

    Macam mana? Bahasa Melayu terpelihara, Ilmu Bahasa Inggeris pun dapat. Cikgu selesa, ibu bapa gembira. Selamat Beramal...

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya,apabila sesuatu yang kita lakukan itu gagal maka janganlah sekali kita menuding jari diantara satu sama lain serta menyalahkan orang lain.Apa yang penting ialah kita mencari,menggali,mengkaji,membuat analisa serta meniliti dimanakah kelemahan serta kelompangan-kelompangan yang berlaku menyebabkan sesuatu kegagalan itu wujud.Selepas penilaian dibuat maka suatu pendekatan yang drastik yang terancang dilakukan demi bertujuan untuk membuat penambahbaikkan dan pengubahsuaian dalam kelompangan program itu.Sesuatu yang kita lakukan kemungkinan tidak dapat memuaskan 100% hati pengikut kita.Ini disebabkan setiap manusia telah diciptakan akal dan fikiran masing-masing.Justeru itu sudah pasti pandangan dan pendapat juga berbeza.Namun apa yang perlu dilakukan adalah mengambil satu pendekatan hasil dari satu pemuafakatan musyawarah yang telah disuarakan.
    BEGITU JUA dDENGAN PROGRAM PPSMI INI.Sebenarnya program ini mempunyai PRO and CON yang tersendiri.Bagi mereka yang bersikap terbuka mungkin merasakan inilah langkah yang terbaik dalam pembangunan insan.Ada jua segolongan yang sudahpastinya menolak malah membantah dengan kewujudan PPSMI ini dengan menyenaraikan beberapa masalah mereka tersendiri.Pada pendapat sayalah...Apabila kita hendak menilai PPSMI itu tidak berjaya maka langkah yang wajar dilakukan oleh kita yang bergelar pendidik adalah meniliti dan mengumpul maklumat-maklumat dimanakah sebenarnya kelemahan PPSMI itu.Setelah maklumat berjaya dikumpul ,maka suatu analisa perlu dibuat segera agar suatu keputusan dapat dicapai.Setelah keputusan dibuat maka langkah-langkah penambahbaikan perlu dirancang dan dilaksanakan.Akhir sekali proses Penilaian dibuat untuk menilai samaada kaedah yang telah diamnil berkesan atau tidak.Langkah yang terbaik bagi saya untuk menagani masalah PPSMI adalah memastikan guru-guru telah 100% menguasai KOMUNIKASI dalam bahasa inggeris.Ini disebabkan untuk memastikan sesuatu program itu bekesan yang paling penting sekali adalah dari segi komunikasi.Sekiranya masalah penggunaan komunikasi dalam bahasa inggeris ini tidak wujud dikalangan Guru-guru itu sendiri maka sudah pasti kesannya akan lebih cemerlang.Disini ingin sya menceritakan pengalaman sebenar saya berkaiatan PPSMI.Setelah 6 tahun program ini berjalan,saya pada mulanya tidak dapat merasakan sesuatu perubahan telah berlaku dalam diri saya.Pada 14.3.2009 jam 3.50pm setelah selesai kuliah Dinamika Kepimpinan,ketika keluar dari Kolej Komuniti,saya telah didatangi oleh seorang pemandu Pelancong Inggeris dari England yang bertanyakan kepada saya berkaitan "lokasi Cybercafe" secara spontan saya berkomunikasi dalam bahasa inggris dan saya dapat memahami maklumat yang diminta dan memberikan maklumat yang dikehendaki dengan jelas.Saya sempat menghantar beliau ke CyberCafe berhampiran.Sebenarnya sebelum ini saya kurang yakin untuk berkomunikasi dengan Mat Salleh B'coz tidak yakin dalam penggunaan BI.Namun saya berbangga kerana dapat membantu seorang insan yang berbeza bahasa.Setelah difikirkan ,kesimpulan yang dapat saya buat adalah bahawasanya Kesan PPSMI tidak boleh diukur hanya didalam Peperiksaan semata-mata tetapi secara intrinsik ( Dalaman ). Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  12. pada pandangan saya, PPSMI tidak gagal.. cuma ia perlu penambahbaikan & lebih usaha dari pelbagai pihak... jika diukur dari penggunaan bahasa inggeris, tentulah penggunaannya lebih meluas dan lebih banyak mempengaruhi dalam aplikasi harian samaada kepada murid, guru atau ibubapa... tetapi dari aspek penguasaan, aplikasi & kefahaman dalam matapelajaran matematik & sains, situasinya semakin membimbangkan..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. maaf mencelah.. masa faizal instruct mat salleh tu, aku nampak dan dgr sendiri.. tp kesian kt mat salleh tu coz cyber cafe yg dimaksudkan dah tak wujud lg.. kesian-kesian..

    ReplyDelete
  15. Kita lihat dari sudut positif dan fikir jauh ke hadapan. kadang-kadang suatu hasil itu hanya dapat dilihat dan dituai setelah bebrapa tahun. macam kita tanam pokok durian bukan 5, 6 tahun tapi kena tunggu 10 tahun baru pokok tu berbuah....

    ReplyDelete
  16. PPSMI dilaksanakan untuk memberi pelajar-pelajar kefahaman yang lebih mendalam bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Ia juga dijalankan memandangkan dunia pendidikan kini telah memasuki arus globalisasi. Warga pendidik khasnya harus menerima PPSMI sebagai salah satu cara memartabatkan pendidikan negara ini di mata dunia. Keberkesanan PPSMI juga tidak harus dilihat dalam masa yang singkat, ia mungkin memakan masa yang lama. Namun para pelaksana PPSMI juga tidak harus melatah dengan pandangan-pandangan negatif terhadap PPSMI. Seharusnya para pendidik berusaha untuk menambah pengetahuan untuk memberi ilmu manafaat kepada pelajar.
    Pada pandangan saya, masa depan para pelajar kita harus difikirkan. Kelak, apa yang dilalui mereka tidak akan sama dengan apa yang dialami kita pada masa kini. Jika kita merasakan zaman ini mencabar, semestinya zaman mereka nanti, cabarannya adalah berlipatganda dari zaman kita. Harus diakui bahawa Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama sekarang dan jika tidak mahu generasi kita tenggelam, kita tidak boleh menentang arus menafikan kenyataan itu dan menolak untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.
    Sebagai guru PPSMI, saya dan guru lain menjalani program BUDDY SUPPORT SYSTEM secara konsisten. Di sekolah saya, setiap hari Isnin, kami akan sama menbincangkan masalah dan cara penyelesaian serta memperbetulkan kesalahan-kesalahan Bahasa Inggeris yang biasa dilakukan.

    ReplyDelete
  17. Asalamualaikum.

    Walaupun ramai yang mengatakan PPSMI tidak berjaya, tetapi secara peribadi saya mengatakan ianya telah berjaya. Kejayaan itu masih diperingkat awal yang memerlukan masa untuk lebih menyerlah, cemerlang dan terbilang. Janganlah kita menilai secara luaran tetapi lihat lah dengan mata hati dan mata jiwa. Dengan kata lain secara mikro.

    Jika dahulu anak-anak didik kita belajar mengenal angka secara semi konkrit, seterusnya konkrit dan simbolik dan akhirnya secara abstark dalam bahasa ibunda masing-masing tetapi kini mereka telah boleh menyebut atau mengejanya dalam bahasa inggeris walaupun sebutan dan ejaan itu kurang tepat. Disini jelas membuktikan PPSMI itu telah berjaya dan dapat diterima oleh mereka.

    Ada juga dikalangan kita menyatakan PPSMI hanya berjaya di bandar-bandar kerana banyak kemudahan tetapi gagal di pedalaman tetapi pada saya tidak sebegitu adanya. Ia perlukan lebih masa untuk diterima di kawasan tersebut kerana cara pemikiran mereka di perdalaman.Mereka perlukan masa dan penyesuaian. Perumpamannya adalah sebiji batu yang dicampakkan ke sebuah kolam yang airnya tenang, riak gelombangnya adalah tinggi di pusat riak tetapi semakin menyusut apabila menghala ke tepian. Untuk sampai ketepian ianya ianya perlukan masa. Begitulah adanya. Tetapi jika sebiji batu yang terlalu besar dicampakkan di air yang sama, riak gelombangnya adalah semakin besar dan tinggi tetapi menghasilkan "tsunami". Maka kita hendak yang mana?

    Kita kena melihat, mengkaji dan menganalisis keperluan modal insan yang dibangunkan oleh PPSMI. Dunia semakin berubah, pasaran modal insan juga berubah. Untuk ke arah itu kita perlu bersedia dari sekarang. Sebelum PPSMI kita juga membangunkan modal insan, tetapi dengan adanya PPSMI ini modal insan itu ditambah baik bersesuaian dengan era globalisasi dan pasaran di luar jangkaan.

    Jika ada pihak memainkan isu Bahasa Malaysia dalam perlaksanaan PPSMI, maka lihat, kaji dan analisislah berapa minit sehari anak-anak kita menggunakan Bahasa Inggeris. Penggunaan ini pula lebih diwaktu persekolahan tetapi apabila di luar sekolah mereka menggunakan bahasa Malaysia ataupun bahasa ibunda masing-masing. Dengan kata lain pelajar lebih banyak menggunakan bahasa ibunda masing-masing dari berbahasa inggeris.

    Pada pendapat saya PPSMI sekarang ini memerlukan fasa-fasa menambahbaik yang berterusan dan berkesan.PPSMI juga memerlukan strategi-strategi baru yang lebih berkesan contohnya strategi Samudera Biru. Cubalah rakan-rakan membaca , mengkaji dan menganalisis strategi ini dan kaitkannya dengan PIPP dan seterusnya PPSMI. Rakan-rakan akan mendapat jawapan yang diluar jangkaan.

    Janganlah kita asyik menuding jari, menyalahkan sana dan sini kerana akhirnya kita yang rugi. Banyak masa dihabiskan untuk meleraikan perbalahan dari mengatur strategi perlaksanaan penambahbaikan.

    Dalam merealisasikan hasrat PPSMI, saya perlu mengenalpasti tahap kematangan kognitif pelajar terlebih dahulu. Setiap pelajar mempunyai tahap kematangan kognitif yang berbeza (Teori Pembelajaran Piaget). Oleh yang demikian apabila saya mengajar di kelas yang cemerlang maka saya lebih banyak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara. Bagi kelas-kelas terkebelakang pula dwibahasa digunakan. Walaupun begitu terminologi dan cara penyelesaian masalah menjadi penekanan utama agar mereka tidak ketinggalan.

    Oleh kerana buku-buku di pasaran atau simpanan masih ada yang berbahasa Malaysia bagi Matematik dan Sains maka saya menggunakan juga istilah Bahasa Malaysia agar mereka boleh menerima kedua-duanya apabila melaksanakan perbincangan bersama ibu-bapa yang kurang mahir dalam bahasa inggeris.
    Alhamdulillah, ia menampakkan hasil dan saya mula menuai buahnya.

    Bagi diri saya sendiri pula, saya juga perlu meningkatkan tahap penguasaan komunikasi dalam bahasa inggeris menerusi kursus-kursus persendirian, menghadirkan diri dan terlibat secara aktif terhadap program-program yang dilaksanakan oleh Buddy Support System. Saya juga perlu memperluaskan bacaan, meningkatkan perbendaharaan kata melalui kamus dan juga melalui dunia penyiaran.

    " Didiklah anak-anak kamu pada zamanya"
    -pesanan Lukmannulhakim
    sahabat nabi.
    Pesanan sahabat ini jelas meminta kita mendidik anak bangsa berdasarkan zaman yang akan dilalui oleh mereka.

    Sekian.

    Yahzanon binti Tahir

    ReplyDelete
  18. Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menjadi semakin hangat kebelakangan ini. Sebenarnya isu ini ada kebaikan dan keburukan atau advantages and disadvantages. Pada pandangan saya, PPSMI sebenarnya bukanlah telah gagal sepenuhnya seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Kegagalan ini telah digemburkan-gemburkan oleh pihak-pihak yang sememangnya telah menentang rancangan ini dari mula lagi dan tidak menerima program ini dengan “open heart”. Secara peribadi, saya amat mengalu-alukan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini kerana pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman dan penggunaan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Dakwaan mengatakan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya menguntungkan dan berguna kepada murid bandar sahaja tidak sepenuhnya betul. Ini kerana saya mengajar sekolah yang dikira luar bandar tetapi terdapat peningkatan dalam keputusan sains dan matematik.
    Pembelajaran Sains dan Matematik ini sebenarnya membawa banyak kelebihan. Boleh dikatakan penggunaan Bahasa Inggeris ini adalah seumur hidup. Jika belajar di universiti tempatan dan lebih-lebih lagi luar negara, semua buku rujukan adalah dalam b. inggeris. Jika pelajar kita mempunyai asas dalam b.inggeris yang agak kuat semestinya perkara ini tidak menjadi penghalang. Adalah amat sedih bila terdapat sebilangan pelajar kita yang belajar diluar negara tetapi penguasaan dalam b.inggeris adalah terhad. Sebagai seorang guru kita mestilah sentiasa bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. PPSMI adalah salah satu daripadanya. Kita mestilah sentiasa menyiapkan diri kita untuk menghadapi dunia yang semakin moden. Kebanyakkan teknologi yang canggih datangnya dari dunia barat dan bila bercakap mengenai dunia barat semestinya timbullah B. Inggeris.
    Antara strategi yang boleh diambil dalam meningkatkan kemahiran dan juga juga minat guru terhadap program ini salah satunya buddy support program. Selain daripada itu, Panitia B. Inggeris juga banyak menyediakan program bagi membantu guru PPSMI contohnya Program Learning English Together ( LET ) dan juga kursus dalaman mengenai penggunaan bahasa inggeris didalam kelas. Last but not least, saya amat menyokong program PPSMI ini dan saya harap ia dapat diteruskan untuk kemajuan kita bersama. Sebelum saya akhiri saya ingin berkongsi satu cerita. Minggu lepas saya dan rakan saya pergi membeli pisang goreng disebuah gerai ditepi jalan. Pakcik digerai itu telah bertanya “nak yang mana satu”? Yang “crispy” atau yang biasa”. Sebelum menjawab saya dan rakan tersenyum dan berbisik “PPSMI” dimana-mana……

    RUZAIMAH BINTI TURUT

    ReplyDelete
  19. SALAM..

    Jangan sempitkan minda kita yang tidak mahu berganjak untuk menerima perubahan dan usah cepat melatah. Tidak akan hilang identiti kita sebagai orang melayu dan rakyat malaysia sekiranya meneruskan dasar ini. Malah ianya dapat memartabatkan lagi bangsa kita di mata dunia apabila melahirkan modal insan yang terbilang.

    ReplyDelete
  20. salam..

    Jangan sempitkan minda kita yang tidak mahu berganjak untuk menerima perubahan dan usah cepat melatah. Tidak akan hilang identiti kita sebagai orang melayu dan rakyat malaysia sekiranya meneruskan dasar ini. Malah ianya dapat memartabatkan lagi bangsa kita di mata dunia apabila melahirkan modal insan yang terbilang.

    c.zuer

    ReplyDelete