Monday, September 14, 2009

Wednesday, August 26, 2009

3 buku kaedah penyelidik


Di sini terdapat 3 buah buku versi melayu yang akak jumpai dan kesemuanya sesuai.Kalau berminat bolehlah bagitau akak... bolehlah akak buat salinan dsb. Akak nak buat banyak2 takut nanti tak dak yang nak pulak. Yang najib ghafar hari tu ok dah dapat feedback dah. yang dua lagi belum. akak pun belum war-war lagi di yahoo group 2 buah buku ini. tolong war-warkan yek...contact k.ros okey... atau tggal di shoutmix ni pun boley..

Saturday, August 22, 2009

selamat berpuasa


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SPPPTP SEKELUARGA...

Friday, July 3, 2009

Wednesday, June 24, 2009

AWAS !!! PENDAFTARAN ONLINE SEMESTER 1

asalamualaikum, kawan-kawan..
kita punya pendaftaran secara online 22 jun- 12 julai. Sebelum pendaftaran kena buat pembayaran minimun RM 2000.00 AKAUN PEMBAYARAN ;0118000000 1051 (bendahari UTM) - CIMB BANK.
kawan2 ada yang dah mendaftarke? Subjek apa yang hendak didaftarkan pada sem ini? Sila bagi feedback segera boleh tak?

Saturday, June 13, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Buat bapa-bapa, terutama warga SPPPTP Dan pensyarah2 kami... semoga andalah bapa yang paling istimewa di dunia... Isam.Faizal Y.Faizal z, Ustaz Luqman,eful, ewan dan semua2... tak larat nak tulis dah..
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Fathers Day Graphics


(hi.hi.. jangan mare korang sememangnya seksi dan funny)

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru


Guru Pembina Negara Bangsa

PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURUPutih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Sambutan 16 Mei











Seronok Merayakan Hari Guru








Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Kepada warga SPPTP yang bergelar ibu, selamat hari ibu... semoga kita sama-sama menjunjung title ibu itu dengan sebaiknya. Tangan yang menghayun buai itu bisa mengegarkan dunia..Jadilah ibu yang terbaik didunia,,,,

Tuesday, April 28, 2009

sembang dengan Bolman dan Deal tentang kerangka tu..

Hari tu masa jalan-jalan kat rompin akak sempat berjumpa dengan BOLMAN DAN DEAL dia bagitau akak tentang kerangka 4 kepimpinan yang pensyarah kita cakap tu. So akak nak bagi tau u all la ini ceritanya tentang kerangka tu...

1. Struktural Asas teorinya : Teori pengurusan yang klasik
Metafora organisasi : Mesin atau kilang.
Peranan Pemimpun : Arkitek Sosial
Konsep utama : Peraturan, Polisi dan matlamat.
Imej Kepemimpinan : Arkitek Sosia
lAsas Kepemimpinan : Tumpuan kepada tugas dan struktur

.2. Sumber manusiaAsas teorinya : Teori keperluan manusia
Metafora organisasi : Kekeluargaan.
Peranan Pemimpun : Pemotivasi
Konsep utama : Kemahiran hubungan baik
Imej Kepemimpinan : Menggalak pengupayaan
Asas Kepemimpinan : Tumpuan kepada keperluan manusia dan organisasi.

3. Politik.Asas teorinya : Perspektif politik
Metafora organisasi : Persaingan
Peranan Pemimpun : Penyokong dan perunding
Konsep utama : Kuasa,konflik dan politik
Imej Kepemimpinan : Memberi sokongan.
Asas Kepemimpinan : membina asas politik dan agenda kuasa.

4. simbolikAsas teorinya : Perspektif Sosiobudaya
Metafora organisasi : teater, keagamaan
Peranan Pemimpun : Ketua, penghulu
Konsep utama : Budaya,upacara perayaan
Imej Kepemimpinan : Sumber inspirasi
Asas Kepemimpinan : Membina matlamat dan misi organisasi.

Monday, April 20, 2009

Berakhirnya satu semester yang bererti.


Alhamdulillah, semalam 19/4/2009 merupakan kelas yang terakhir bagi semester ini. Dalam kesibukan tugasan rasmi,rumahtangga dan belajar akhirnya kita berjaya melakukan dengan penuh disiplin dan komitment. Tahniah kepada kita semua sesungguhnya kita hebat. Kita semua adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menghadapi kesukaran dan menganggap kesukaran itu satu peluang. Keserasian, saling hormat menghormati, tolong menolong dan perasaan ukhuwah dalam kelas kita sudah mula ada dan semoga ianya berkembang subur sehingga ke akhir sessi pembelajaran dan kalau boleh sampai bila-bila.

Pada 2 dan 3 Mei ini, kita akan menghadapi peperiksaan final. Kita semua ingin menjawab dengan baik dan kalau boleh, keputusannya sama baik semuanya. Bagi subjek Dr Lokman cuba renung-renung di bawah ni...

1. wajib jawab-baca transkrip dan tentukan teori kepimpinan. (25 markah ).
2. 6 soalan pilihan-hanya jawab 3 yang terbaik ( 25 markah x 3 )
· Sustainable/tranformational/Transactional leadership.
· Instructional leadership/ teacher leadership.
· Turnaround
· Ethical leadership
· Bolman and deal /five force of leadership/flexible leadership
· Situational leadership-teori awal hingga teori moden.


PASTIKAN BUAT ULANGKAJI…A+ MENANTI KITA SEMUA



Cuba kita create soalan utk pernyataan di atas...

Saturday, April 11, 2009

MINGGU KRITIKAL BAGI PELAJAR SPPPTP

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi kita untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Paling mencabar menyiapkan port polio Dinamikal kepimpinan. Pada minggu ini akak percaya ramai yang tidur lewat bersengkang mata. Pesanan buatlah dengan sebaiknya. Bagi kaum ibu dah tentu bertambah tekanannya. Dalam mengejar cita-cita ada yang terkorban dan ada yang terpaksa berkorban.
Kita berada dalam situasi yang sama, tugasan sebagai pelajar sarjana, guru dan ibu atau bapa dah tentu mengalami satu situasi yang di panggil BUSY SANGAT. Apa yang kita pelajari dari buku TOOL KITS - Charney dalam topic career management kita praktikkan. Cuba urus masa,tenaga dengan sebaiknya. Dalam situasi ini bertindak sebagai leader dalam rumahtangga buat satu organisasi boleh gunakan empowerment. Contohnya bagi empowerment kepada suami mengurus anak dan dapur.. hi.hi. jangan marah..
Pesanan buat warga SPPPTP, teruskan membuat portfolio dan jaga kesihatan. Sebagai leader kena high energy dan masculinity tau.. go.go..go.. SPPPTP ! go.

Tuesday, March 31, 2009

LAGI-LAGI PASAL PENDAFTARAN SUBJEK

Assalamualaikum,
Kepada warga SPPPTP yang sedang berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ketepian di Tanjung Piai yang damai dan indah nuun jauh di sana. Sebenarnya kita dah berenang jauh dah,, tapi tertinggal sesuatu. Bila fikir kelakau jugak eih.apa tidaknya pada minggu lepas kita dikejutkan dengan surat peringatan dari SPS tentang pendaftaran subjek. Masing2 ingat subjek semester akan datang, rupanya semester sekarang yang dah hampir ke penghujungnya. Sungguh kelakar bila dikenangkan. Semalam akak dapat tahu melalui shout mix kat blog ni jugak la...terimakasih pada informer ewan suami isteri yang dah telefon Dr Hamdan dan insyaallah akan settle. Maka ayuh, warga SPPPTP terus lah berenang...ke penghujungnya.. semoga kita akan mencapai destinasinya. ...

Sunday, March 29, 2009

MAKLUMAN KELAS KITA..

Assalamualaikum,
Adalah dengan ini di isytiharkan bahawa pada 4 dan 5 Aprill kelas Dr Lokman di ganti dengan kelas Prof Abu Bakar. Manakala pada 11 dan 12 Aprill kelas Dr Lokman di tangguh ke 18 dan 19 Aprill. Di maklumkan juga bahawa tuan dan puan di alu-alukan membawa telor dan bunganya kerana satu majlis ringkas sempena maulidurrasul akan diadakan di kelas kita tu.. lain-lain makanan pun boleh bawa, takde hal...Ok itu saja makluman setakat ini.

Thursday, March 26, 2009

SURAT PENDAFTARAN SUBJEK SEM DEPAN.

assalamualaikum,
Semalam akak menerima beberapa panggilan telefon dari kawan-kawan SPPPTP.Mereka mengadu kerana mendapat surat suruh mendaftar subjek bagi sem depan. Sekiranya tak mendaftar di kira tarik diri.Dalam masa yang sama akak telah suruh azian call dr Hamdan. Dr Hamdan janji akan selesaikan. So jangan bimbang yek. Lagipun hari tu dr Hamdan janji nak selaraskan pendftaran itu kan.. so kalau dapat surat amaran tu kiranya janganlah bimbang sangat sampai fikiran terganggu hingga tak boleh buat assigment okey...

Friday, March 20, 2009

Discussion Question ( MOTIVATION)

Q1- What is motivation, and why is it important to know how to motivate employees

Q2- Which of the four content motivation theories do you prefer.why
Q3- Which of three process motivation theories do you prefer? Why.
Q4- Reinforcement theory is unethical because it is used to manipulate employees. Do you
agree with this statement?explain your answer.
Q5- Which motivatio theory do you feel is best? Why..
Q6- What is your motivation Theory? What major methods,techniques and so on.Do you plan to
use on the job as a manager to increase motivation and performance?
Yeah kawan2 jawab supaya kita dapat kongsi, sebagai persediaan menjawab soalan peperiksaan nanti. At least seorang jawab satu atau 2 soalan dah memadai. - k.rooss



Discussion Question (LEADERSHIP THEORY)



Question 1:
How is leadership behaviour based on traits?
Q2:
Do you agree with the university of Michigan model( with 2 leadership style)
or with the Ohio State model(with 4 leadership styles)

Q3:
What are three important contributions of the University of Michigan and
Ohio State University studies.

Q4:
What are three important contributions of the leadership Grid and high-high
research?
sila jawab di ruangan komen, jawab dengan serius! jangan main2 yek. Penulisan
yang mengambarkan anda seorang sarjana ok. good luck..



Sunday, March 1, 2009

Masa hadapan PPSMI

Kenapa hingga kini PPSMI tidak berjaya apakah strategi yang anada lakukan?

Kuliah : Prof. Abu Bakar Hashim
15 Februari 2009

Semua pelajar perlu memberikan komen masing-masing sebelum akhir MAC 2009.

BOS

BOS dalam pentadbiran moden merujuk kepada "Blue Ocean Strategy". Apa yang boleh kita faham dan bagaimanakah kita boleh menggunakan strategy tersebut dalam pentadbiran di sesebuah sekolah?

Kuliah Prof. Abu Bakar Hashim
15 Februari 2009

Selamat Datang Ke Blog Kita Pelajar Program Pesisir

Selamat datang ke blog komuniti pelajar sarjana pendidikan pengurusan dan pentadbiran.